Search This Blog

Friday, February 21, 2014

Oppa Gangnam Style


Ya... Ini dia sinambungan dari cerita tentang Kpop sebelum ini. Lagu Oppa Gangnam Style ini telah menjadi lagu hit dan top chart dengan secara mendadak begitu pantas sekali. Lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang di gelar PSY ini bukan sahaja telah mempengaruhi kanak-kanak dan remaja-remaja tetapi juga turut mempengaruhi Isteriku.



Setelah membuat kejutan dengan lagu Oppa Gangnam Style, PSY sekali lagi memberikan kejutan dengan lagunya yang berjudul Gentleman. Lagu ini juga telah berjaya menduduki carta carta hit antarabangsa. Mungkin suatu hari nanti ada artis-artis Malaysia yang akan berjaya seperti ini. Kita TUNGGGGUUUU.....

Monday, September 24, 2012

Kpop

Skang ni, kat mana-mana pun, sebut je kpop mesti orang tahu. Kpop adalah satu fenomena dari Korea yang telah melanda bukan sahaja di negara kita, bahkan hampir seluruh dunia.






Aku ingat dahulu waktu zaman-zaman remaja ku, iaitu zaman 80an di mana fenomena Rock kapak meleleh baik punyer telah melanda remaja pada masa itu. Sehinggakan ramai di antara mereka yang beria-ia hendak menjadi seperti kumpulan-kumpulan Rock tersebut. Jikalau begitulah keadaannya, mungkin samalah juga keadaannya pada ketika zaman-zaman Pop Yeh Yeh dahulu, di mana semua nak jadi macam artis Pop Yeh Yeh. Dia punye dressing, gaya rambut dan juga gaya berjalan. Semuanya mesti nak dalam keadaan Pop Yeh Yeh. Kemudian selepas fenomena Rock melanda, Fenomena Rap pula datang. Di ikuti pula dengan Punk dan Hip Hop.
Mungkin ada lagi beberapa fenomena yang tidak disebutkan seperti fenomena Tsumawi dan lain-lain.

Sebenarnya aku nak cerita tentang di sebalik kejayaan Kpop, yang mana bukan sahaja muzik dan tarian mereka jadi fenomena, tetapi cerita dan rancangan-rancangan TV nya juga menarik sehinggakan menjadi sebutan di merata-rata tempat. Mungkin kita boleh pelajari dari mereka bagaimana mereka boleh mencapai kejayaan bukan sahaja dari segi hiburan, bahkan mereka juga berjaya dalam teknologi mereka seperti Samsung, Kia dan Hyundai. Di mana teknologi mereka sudah mengatasi negara-negara maju yang lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Sama-samalah kita musahabah diri dan berusahalah mencapai kejayaan. Insya Allah.


Friday, July 27, 2012

Yankee-kun to Megane-chan


Kadang-kadang kalo rasa boring ke... stress ke... layan mangga pun ok gak... selain daripada manga 'One Piece', 'Naruto' dan 'Bleach', manga 'Yankee-kun to Megane-chan' pun ok gak untuk di layan. Jalan cerita nya yang 'simple', berkisar tentang pelajar-pelajar sekolah menengah, mudah untuk di hayati... dan mengembalikan semula kenangan ketika berada di zaman persekolahan dahulu...

Selamat Membaca...

Monday, July 23, 2012

Selamat Berpuasa

"Ku Mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat kulalui dengan sempurna..."

Biasanya kalau tiba je Bulan Ramadhan orang akan ingat raya. Lagu-lagu raya terus je berkumandang di sana-sini. Jarang sekali kita mendengar lagu-lagu tentang Bulan Ramadhan. Lagu di atas merupakan petikan dari salah satu lagu tentang Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, dengan kesedaran dan adanya lagu ini semoga dapat memberikan kita pengajaran dan peringatan tentang kepentingan Bulan Ramadhan ini.

Kita biasa dengar kata orang "kalo tak puasa, tak boleh raya" kan... So, tak bermaknalah Syawal tanpa Ramadhan... Setelah berjaya dengan berpuasa di Bulan Ramadhan barulah kita menyambut kemenangan kita kerana dapat mengawal nafsu dan membuat amal kebajikan serta amal ibadah pada 1 Syawal. Kita akan dapat merasakan satu kemenangan yang amat bermakna sekali dalam hidup kita..
Insyaallah..

"Renung-renungkan dan selamat beramal."


Selamat berpuasa

Vespa...



Vespa
Jika Volkswagen adalah salah sebuah kereta yang menjadi koleksi popular bagi peminat kereta-kereta klasik, Vespa pula adalah di antara motor-motor klasik yang popular yang mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri.

Rekabentuknya yang unik dan 'simple' menjadikan Vespa sebuah motor atau skuter yang berbeza dengan motor-motor yang lain. Vespa mempunyai identitinya yang tersendiri di mana selain daripada mempunyai tayar yang lebih kecil daripada motor biasa, ia juga mempunyai tayar simpanan (spare).

Cara pengendaliannya juga amat berbeza berbanding motor biasa kerana gear dan kelas (clutch) diletakkan sekali pada hendal (handle) sebelah kiri. Untuk menukar gear, hanya perlu menarik kelas tangan dan pusingkan hendal kiri tersebut dengan menggunakan tangan, berbanding motor kelas biasa yang perlu menggunakan kaki untuk membuat penukaran gear.

Selain daripada itu kedudukan enjin juga berbeza. Enjin Vespa diletakkan di bahagian belakang motor terus disambungkan kepada roda belakang, berbanding motor biasa yang mempunyai enjin dibahagian hadapan dan disambungkan dengan rantai untuk memutarkan roda belakang.

Walau anehnya Vespa ini, tetapi masih ramai lagi yang sanggup untuk memiliki motor ini. :)


Thursday, July 12, 2012

Volkswagen

Volkswagen adalah di antara kereta antik ataupun kereta klasik yang masih mempunyai ramai peminat. Aku adalah salah seorang daripada peminat-peminat tersebut. Harganya di pasaran masih lagi tinggi berlikutan permintaan yang tinggi terhadap kereta-kereta ini. Model yang biasa menjadi perhatian adalah Beetle dan Combi.

Volkswagen Combi


Volkswagen Beetle

Volkswagen Squareback


Untuk yang jenis Squareback ni, kat malaysia ni memang susah skit nak jumpa. Kalo ada mesti harga dia mahal. Aku ada jugak bercita-cita nak dapatkan satu Beetle atau pun Combi ni. Santai je rasa...
Ahh... tak sabar rasanya... Volswagen kau tunggguuu......



Kalo boleh wat camni lagi best. dah macam rumah dah jadinya...






kraftangan

Sedang aku asyik melayani kerja-kerja ku di komputer, beberapa idea telah tercetus untuk menghasilkan sesuatu kraftangan. Contohnya seperti alas cawan dan penutup cawan menggunakan pen, kertas terpakai (recycle paper) dan pita pelekat lutsinar (salotape). Idea ini terhasil apabila aku membancuh air lalu kesan cawan (air bancuhan) itu melekat diatas meja. Kemudian selepas itu, terdapat pula serangga yang masuk ke dalam cawan (air bancuhanku tadi) setelah aku membiarkannya se'petang'an. Ku harap lepas ini banyak lagi idea yang akan tercetus untuk aku menghasilkan sesuatu.