Search This Blog

Monday, July 23, 2012

Vespa...



Vespa
Jika Volkswagen adalah salah sebuah kereta yang menjadi koleksi popular bagi peminat kereta-kereta klasik, Vespa pula adalah di antara motor-motor klasik yang popular yang mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri.

Rekabentuknya yang unik dan 'simple' menjadikan Vespa sebuah motor atau skuter yang berbeza dengan motor-motor yang lain. Vespa mempunyai identitinya yang tersendiri di mana selain daripada mempunyai tayar yang lebih kecil daripada motor biasa, ia juga mempunyai tayar simpanan (spare).

Cara pengendaliannya juga amat berbeza berbanding motor biasa kerana gear dan kelas (clutch) diletakkan sekali pada hendal (handle) sebelah kiri. Untuk menukar gear, hanya perlu menarik kelas tangan dan pusingkan hendal kiri tersebut dengan menggunakan tangan, berbanding motor kelas biasa yang perlu menggunakan kaki untuk membuat penukaran gear.

Selain daripada itu kedudukan enjin juga berbeza. Enjin Vespa diletakkan di bahagian belakang motor terus disambungkan kepada roda belakang, berbanding motor biasa yang mempunyai enjin dibahagian hadapan dan disambungkan dengan rantai untuk memutarkan roda belakang.

Walau anehnya Vespa ini, tetapi masih ramai lagi yang sanggup untuk memiliki motor ini. :)


No comments:

Post a Comment