Search This Blog

Monday, September 24, 2012

Kpop

Skang ni, kat mana-mana pun, sebut je kpop mesti orang tahu. Kpop adalah satu fenomena dari Korea yang telah melanda bukan sahaja di negara kita, bahkan hampir seluruh dunia.






Aku ingat dahulu waktu zaman-zaman remaja ku, iaitu zaman 80an di mana fenomena Rock kapak meleleh baik punyer telah melanda remaja pada masa itu. Sehinggakan ramai di antara mereka yang beria-ia hendak menjadi seperti kumpulan-kumpulan Rock tersebut. Jikalau begitulah keadaannya, mungkin samalah juga keadaannya pada ketika zaman-zaman Pop Yeh Yeh dahulu, di mana semua nak jadi macam artis Pop Yeh Yeh. Dia punye dressing, gaya rambut dan juga gaya berjalan. Semuanya mesti nak dalam keadaan Pop Yeh Yeh. Kemudian selepas fenomena Rock melanda, Fenomena Rap pula datang. Di ikuti pula dengan Punk dan Hip Hop.
Mungkin ada lagi beberapa fenomena yang tidak disebutkan seperti fenomena Tsumawi dan lain-lain.

Sebenarnya aku nak cerita tentang di sebalik kejayaan Kpop, yang mana bukan sahaja muzik dan tarian mereka jadi fenomena, tetapi cerita dan rancangan-rancangan TV nya juga menarik sehinggakan menjadi sebutan di merata-rata tempat. Mungkin kita boleh pelajari dari mereka bagaimana mereka boleh mencapai kejayaan bukan sahaja dari segi hiburan, bahkan mereka juga berjaya dalam teknologi mereka seperti Samsung, Kia dan Hyundai. Di mana teknologi mereka sudah mengatasi negara-negara maju yang lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Sama-samalah kita musahabah diri dan berusahalah mencapai kejayaan. Insya Allah.


Friday, July 27, 2012

Yankee-kun to Megane-chan


Kadang-kadang kalo rasa boring ke... stress ke... layan mangga pun ok gak... selain daripada manga 'One Piece', 'Naruto' dan 'Bleach', manga 'Yankee-kun to Megane-chan' pun ok gak untuk di layan. Jalan cerita nya yang 'simple', berkisar tentang pelajar-pelajar sekolah menengah, mudah untuk di hayati... dan mengembalikan semula kenangan ketika berada di zaman persekolahan dahulu...

Selamat Membaca...

Monday, July 23, 2012

Selamat Berpuasa

"Ku Mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat kulalui dengan sempurna..."

Biasanya kalau tiba je Bulan Ramadhan orang akan ingat raya. Lagu-lagu raya terus je berkumandang di sana-sini. Jarang sekali kita mendengar lagu-lagu tentang Bulan Ramadhan. Lagu di atas merupakan petikan dari salah satu lagu tentang Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, dengan kesedaran dan adanya lagu ini semoga dapat memberikan kita pengajaran dan peringatan tentang kepentingan Bulan Ramadhan ini.

Kita biasa dengar kata orang "kalo tak puasa, tak boleh raya" kan... So, tak bermaknalah Syawal tanpa Ramadhan... Setelah berjaya dengan berpuasa di Bulan Ramadhan barulah kita menyambut kemenangan kita kerana dapat mengawal nafsu dan membuat amal kebajikan serta amal ibadah pada 1 Syawal. Kita akan dapat merasakan satu kemenangan yang amat bermakna sekali dalam hidup kita..
Insyaallah..

"Renung-renungkan dan selamat beramal."


Selamat berpuasa

Vespa...



Vespa
Jika Volkswagen adalah salah sebuah kereta yang menjadi koleksi popular bagi peminat kereta-kereta klasik, Vespa pula adalah di antara motor-motor klasik yang popular yang mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri.

Rekabentuknya yang unik dan 'simple' menjadikan Vespa sebuah motor atau skuter yang berbeza dengan motor-motor yang lain. Vespa mempunyai identitinya yang tersendiri di mana selain daripada mempunyai tayar yang lebih kecil daripada motor biasa, ia juga mempunyai tayar simpanan (spare).

Cara pengendaliannya juga amat berbeza berbanding motor biasa kerana gear dan kelas (clutch) diletakkan sekali pada hendal (handle) sebelah kiri. Untuk menukar gear, hanya perlu menarik kelas tangan dan pusingkan hendal kiri tersebut dengan menggunakan tangan, berbanding motor kelas biasa yang perlu menggunakan kaki untuk membuat penukaran gear.

Selain daripada itu kedudukan enjin juga berbeza. Enjin Vespa diletakkan di bahagian belakang motor terus disambungkan kepada roda belakang, berbanding motor biasa yang mempunyai enjin dibahagian hadapan dan disambungkan dengan rantai untuk memutarkan roda belakang.

Walau anehnya Vespa ini, tetapi masih ramai lagi yang sanggup untuk memiliki motor ini. :)


Thursday, July 12, 2012

Volkswagen

Volkswagen adalah di antara kereta antik ataupun kereta klasik yang masih mempunyai ramai peminat. Aku adalah salah seorang daripada peminat-peminat tersebut. Harganya di pasaran masih lagi tinggi berlikutan permintaan yang tinggi terhadap kereta-kereta ini. Model yang biasa menjadi perhatian adalah Beetle dan Combi.

Volkswagen Combi


Volkswagen Beetle

Volkswagen Squareback


Untuk yang jenis Squareback ni, kat malaysia ni memang susah skit nak jumpa. Kalo ada mesti harga dia mahal. Aku ada jugak bercita-cita nak dapatkan satu Beetle atau pun Combi ni. Santai je rasa...
Ahh... tak sabar rasanya... Volswagen kau tunggguuu......



Kalo boleh wat camni lagi best. dah macam rumah dah jadinya...






kraftangan

Sedang aku asyik melayani kerja-kerja ku di komputer, beberapa idea telah tercetus untuk menghasilkan sesuatu kraftangan. Contohnya seperti alas cawan dan penutup cawan menggunakan pen, kertas terpakai (recycle paper) dan pita pelekat lutsinar (salotape). Idea ini terhasil apabila aku membancuh air lalu kesan cawan (air bancuhan) itu melekat diatas meja. Kemudian selepas itu, terdapat pula serangga yang masuk ke dalam cawan (air bancuhanku tadi) setelah aku membiarkannya se'petang'an. Ku harap lepas ini banyak lagi idea yang akan tercetus untuk aku menghasilkan sesuatu.

Wednesday, July 11, 2012

Kereta Part II...


Sambung balik cerita pasal kereta...

Ada juga yang minat kereta antik berbanding kereta baru. Kadang-kadang harga kereta antik lagi mahal daripada kereta baru. Tapi masih jugak ada yang membelinya. Terserahlah pada tuan punya badan untuk memilih kereta mana yang ingin dimiliki atau di beli. 'Tepuk dada tanya selera' ke atau 'Seluk poket tanya dompet' ke atau ' Bukak dompet tanya duit'...
Akan tetapi, kereta ni juga boleh membuatkan kita pening kepala sebab :
1) Ansuran bulanan... (kereta baru, secondhand...)
Ada jugak yang beli cash.. tapi yang dibawah ni tetap kena tanggung.
2) Minyak Petrol/Diesel
3) Maintenance... (servis, tayar, rosak itu, rosak ini...)
4) Road tax & Insurans...
5) Accessories... (tak perlu tapi kadang-kadang gatai nak menambahnya... cthnya seperti sport rim, spoiler, skirting, sound system, dll...)
Semuanya perlukan duit. Duit.. duit.. duit... (bak kata 'Nike' 'Just Du It'...) Nak carinya susah, nak belanjenya senang je... Macam air mengalir je. Huhuhu....
Mana tak pening kan... Tapi kadang-kadang aku hairan gak pada orang-orang yang mampu pakai kereta Sport dan mewah seperti BMW, Mercedes, Lexus, Jaguar, Audi, Ferrari, Nissan GT-R, Porsche, Lamborghini dan lain-lain lagi. Apa agaknya kerje diorang ye? Ntah berapa pula gaji diorang agaknya? Bila la agaknya aku dapat pakai kereta-kereta macam tu? hehehe... Nak pakai Civic, Accord, Stream, Camry, Wish, Estima, Caldina, Evo, Impreza, Skyline, Nissan Z, Rx7, Rx8, Mazda 3, Mazda 6 pun belum ada kemampuan lagi, lagi nak pakai kereta yang kat atas tadi tu... Huhuhu...
Walaupun aku rasa aku dah pakai kereta yang agak murah, second hand lagi, buatan tempatan lak tu, itu pun masih rasa macam tak cukup gak duit... Mungkin cara penggunaan kereta yang tak berapa cekap, atau pun penggunaan kereta yang tak berapa nak bijak kot. Mungkin...
Kalo takde kereta lak, kena la menggunakan kenderaan awam seperti teksi, bas, LRT, komuter, teksi air dan keretapi. Pilihan lain pula adalah seperti pinjam dan sewa. Walaupun begitu, kadang-kadang walaupun kita mempunyai kereta dan motosikal, akan tetapi kita tetap terpaksa menggunakan kenderaan awam dan kereta sewa untuk sesuatu urusan... So, kenapa nak beli kereta ye?... Tambah lagi pening di kepala...Cubaan...
Gambar Hiasan

Oleh yang demikian, renung-renungkan dan selamat beramal.... Sekian...

Monday, July 9, 2012

Kereta...

  
Inilah dia benda yang selalu memeningkan kepala ku sekian hari, sekian minggu, sekian bulan malahan sekian tahun. Sekian... Terima kasih... Hehehe... Kereta bukanlah merupakan suatu keperluan untuk hidup, akan tetapi ianya menjadi seperti keperluan pada masa kini. Kereta menjadi keperluan untuk bergerak ke sana-sini.

Kereta juga menjadi keperluan untuk berulang alik ke tempat kerja, berniaga, berkelah, balik kampung, menghantar anak ke sekolah dan membeli belah sama ada di kedai mahu pun di kompleks beli belah. Harganya ada yang murah dan ada yang mahal. Saiznya juga berbeza-beza, ada yang besar, ada yang kecil. Bentuknya pula ada yang salun, sedan, sport, hatchback, sportback, wagon dan eksekutif. Terpulanglah kepada si pemiliknya untuk memiliki kereta yang mampu dimiliki atau pun kereta yang diminatinya.

Kadang-kadang, terdapat sesetengah pemilik kereta ini yang dahulunya menggunakan kereta kecil, kemudian apabila rezekinya bertambah, isi keluarganya pun bertambah, maka ditukarnya dengan kereta yang lebih besar. Tetapi ada juga yang terus membeli kereta yang besar. Dan ada juga yang selalu menukar kereta apabila terdapat keluaran terbaru yang lebih menarik.

Bersambung...


Friday, July 6, 2012

Transfertension

Inilah istilah baru yang telah diwujudkan oleh akal dan fikiranku setelah aku ditransfer sebanyak beberapa kali oleh 2 kompeni yang berbeza. Sebenarnya sekolah rendah dulu pun aku dah pernah ditransfer. Ketika itu aku dalam darjah lima nak naik ke darjah enam. Disebabkan aku ini seorang yang bijak bistari maka aku telah ditransfer dari kelas C ke kelas A. Kemudian ketika aku di tingkatan 2, dari kelas 2 ke kelas 1. Seterusnya ketika aku di tingkatan empat (4). aku di transfer dari kelas 3 ke kelas 10. Mmmmm... kelas kan.. hehehe. OK. Dalam bidang kerjaya pulak, kompeni tempat aku bekerja mula-mula, takde transfer langsung. Kalo ada pun transfer dalaman je.. Wah ini dah kira bagus ni.. Statik je.. gaji pun statik je... hakhak... Kemudian disebabkan takde transfer-transfer, aku pulak yang mentransfer diriku ke kompeni lain. Terpaksa la.. kalo tak, tak berkembang la aku jawabnya. Ya, orang kata Hijrah itu pengorbanan kan... walaupun berat, aku paksa diriku untuk terima semua ini. Dan akhirnya setelah aku berjaya membiasakan diriku dengan keadaan kompeni baruku itu, tiba-tiba... Almaklumlah... aku di transfer... Dalam kompeni yang kedua ini, transferku yang pertama ialah dari Johor ke Kuala Lumpur. Disebabkan aku baru kerje dan kurang pengalaman, disamping disertakan tempat tinggal dan elaun, maka aku terima dengan seadanya. Merasalah aku menjadi salah seorang penduduk ibukota. Kemudian setelah kompeni tempat aku bekerja bertukar pengurusan baru, aku telah diserapkan kepada jawatan tetap, dan dinaikkan pangkat . Aku pun terima gak dengan seadanya walaupun nikmat-nikmat yang aku perolehi telah ditarik seperti elaun, overtime dan jugak penginapan.. .huhuhu..sedih tau.. Hari berganti hari, minggu pun sudah berlalu, bulan pun masih berjalan, kompeni aku pulak yang berpindah tempat. Aku pun turut gak arr pindah... takkan la aku nak tinggal sorang2 lak kat tempat lama. gilo opo.. huhuhu... tapi pada ketika ini aku taklah sedih sangat sebab orang yang aku sayang dan cinta ada bersama... hehehe...Baru je nak panaskan 'bontot' dah kena transfer lagi.. Kali ini ke pulau pulak. Tapi pulau ini tak berapa jauh pun dari ibukota. Kalo jem pun baru 2 atau 3 jam saja. Cuma masalahnye yang agak berat ialah kosnya saja. Berat rasanya nak pindah. Elaun pindah ke apa semua takde. Huhuhu... sayu poketku... Pada ketika ini aku mempunyai dua pilihan je. Sama ada pindah ke pulau itu atau pindah kompeni. Oleh yang demikian, aku pun mengambil keputusan untuk mentransferkan diriku ke kompeni lain bersama-sama dengan isteriku. Alhamdulillah syukur.. Walaupun HQ kompeni baru aku ini berada jauh diseberang lautan, aku bersyukur kerana aku masih ditempatkan di ibukota Kuala Lumpur. Malah ditengah-tengah kesibukan ibukota lagi. Ya, seperti biasa hari berganti hari, minggu pun sudah berlalu, bulan je yang masih berjalan, tup tap tup tap... tiba-tiba.... ditransfer lagi.... Kali ini memang jauh. Oh...tidak... Aku pun cuba merangka strategi untuk sekali lagi mentransferkan diriku lagi. Tapi sampai sekarang, aku masih belum berpeluang untuk melakukannya lagi. Masih lagi jauh disini di perantauan. Huhuhu... Ya, hijrah itu pengorbanan.... Mungkin ada rahmat disebaliknya. Aminnn....