Sambung balik cerita pasal kereta...
Ada juga yang minat kereta antik berbanding kereta baru. Kadang-kadang harga kereta antik lagi mahal daripada kereta baru. Tapi masih jugak ada yang membelinya. Terserahlah pada tuan punya badan untuk memilih kereta mana yang ingin dimiliki atau di beli. 'Tepuk dada tanya selera' ke atau 'Seluk poket tanya dompet' ke atau ' Bukak dompet tanya duit'...
Akan tetapi, kereta ni juga boleh membuatkan kita pening kepala sebab :
1) Ansuran bulanan... (kereta baru, secondhand...)
Ada jugak yang beli cash.. tapi yang dibawah ni tetap kena tanggung.
2) Minyak Petrol/Diesel
3) Maintenance... (servis, tayar, rosak itu, rosak ini...)
4) Road tax & Insurans...
5) Accessories... (tak perlu tapi kadang-kadang gatai nak menambahnya... cthnya seperti sport rim, spoiler, skirting, sound system, dll...)
Semuanya perlukan duit. Duit.. duit.. duit... (bak kata 'Nike' 'Just Du It'...) Nak carinya susah, nak belanjenya senang je... Macam air mengalir je. Huhuhu....
Mana tak pening kan... Tapi kadang-kadang aku hairan gak pada orang-orang yang mampu pakai kereta Sport dan mewah seperti BMW, Mercedes, Lexus, Jaguar, Audi, Ferrari, Nissan GT-R, Porsche, Lamborghini dan lain-lain lagi. Apa agaknya kerje diorang ye? Ntah berapa pula gaji diorang agaknya? Bila la agaknya aku dapat pakai kereta-kereta macam tu? hehehe... Nak pakai Civic, Accord, Stream, Camry, Wish, Estima, Caldina, Evo, Impreza, Skyline, Nissan Z, Rx7, Rx8, Mazda 3, Mazda 6 pun belum ada kemampuan lagi, lagi nak pakai kereta yang kat atas tadi tu... Huhuhu...
Walaupun aku rasa aku dah pakai kereta yang agak murah, second hand lagi, buatan tempatan lak tu, itu pun masih rasa macam tak cukup gak duit... Mungkin cara penggunaan kereta yang tak berapa cekap, atau pun penggunaan kereta yang tak berapa nak bijak kot. Mungkin...
Kalo takde kereta lak, kena la menggunakan kenderaan awam seperti teksi, bas, LRT, komuter, teksi air dan keretapi. Pilihan lain pula adalah seperti pinjam dan sewa. Walaupun begitu, kadang-kadang walaupun kita mempunyai kereta dan motosikal, akan tetapi kita tetap terpaksa menggunakan kenderaan awam dan kereta sewa untuk sesuatu urusan... So, kenapa nak beli kereta ye?... Tambah lagi pening di kepala...Cubaan...
Gambar Hiasan
Abang..kita jalan kaki la baru romantika de amour..heheheheh!
ReplyDeletekita naik skuter ke vespa ke boleh?
ReplyDelete