Search This Blog

Thursday, July 12, 2012

Volkswagen

Volkswagen adalah di antara kereta antik ataupun kereta klasik yang masih mempunyai ramai peminat. Aku adalah salah seorang daripada peminat-peminat tersebut. Harganya di pasaran masih lagi tinggi berlikutan permintaan yang tinggi terhadap kereta-kereta ini. Model yang biasa menjadi perhatian adalah Beetle dan Combi.

Volkswagen Combi


Volkswagen Beetle

Volkswagen Squareback


Untuk yang jenis Squareback ni, kat malaysia ni memang susah skit nak jumpa. Kalo ada mesti harga dia mahal. Aku ada jugak bercita-cita nak dapatkan satu Beetle atau pun Combi ni. Santai je rasa...
Ahh... tak sabar rasanya... Volswagen kau tunggguuu......



Kalo boleh wat camni lagi best. dah macam rumah dah jadinya...






kraftangan

Sedang aku asyik melayani kerja-kerja ku di komputer, beberapa idea telah tercetus untuk menghasilkan sesuatu kraftangan. Contohnya seperti alas cawan dan penutup cawan menggunakan pen, kertas terpakai (recycle paper) dan pita pelekat lutsinar (salotape). Idea ini terhasil apabila aku membancuh air lalu kesan cawan (air bancuhan) itu melekat diatas meja. Kemudian selepas itu, terdapat pula serangga yang masuk ke dalam cawan (air bancuhanku tadi) setelah aku membiarkannya se'petang'an. Ku harap lepas ini banyak lagi idea yang akan tercetus untuk aku menghasilkan sesuatu.

Wednesday, July 11, 2012

Kereta Part II...


Sambung balik cerita pasal kereta...

Ada juga yang minat kereta antik berbanding kereta baru. Kadang-kadang harga kereta antik lagi mahal daripada kereta baru. Tapi masih jugak ada yang membelinya. Terserahlah pada tuan punya badan untuk memilih kereta mana yang ingin dimiliki atau di beli. 'Tepuk dada tanya selera' ke atau 'Seluk poket tanya dompet' ke atau ' Bukak dompet tanya duit'...
Akan tetapi, kereta ni juga boleh membuatkan kita pening kepala sebab :
1) Ansuran bulanan... (kereta baru, secondhand...)
Ada jugak yang beli cash.. tapi yang dibawah ni tetap kena tanggung.
2) Minyak Petrol/Diesel
3) Maintenance... (servis, tayar, rosak itu, rosak ini...)
4) Road tax & Insurans...
5) Accessories... (tak perlu tapi kadang-kadang gatai nak menambahnya... cthnya seperti sport rim, spoiler, skirting, sound system, dll...)
Semuanya perlukan duit. Duit.. duit.. duit... (bak kata 'Nike' 'Just Du It'...) Nak carinya susah, nak belanjenya senang je... Macam air mengalir je. Huhuhu....
Mana tak pening kan... Tapi kadang-kadang aku hairan gak pada orang-orang yang mampu pakai kereta Sport dan mewah seperti BMW, Mercedes, Lexus, Jaguar, Audi, Ferrari, Nissan GT-R, Porsche, Lamborghini dan lain-lain lagi. Apa agaknya kerje diorang ye? Ntah berapa pula gaji diorang agaknya? Bila la agaknya aku dapat pakai kereta-kereta macam tu? hehehe... Nak pakai Civic, Accord, Stream, Camry, Wish, Estima, Caldina, Evo, Impreza, Skyline, Nissan Z, Rx7, Rx8, Mazda 3, Mazda 6 pun belum ada kemampuan lagi, lagi nak pakai kereta yang kat atas tadi tu... Huhuhu...
Walaupun aku rasa aku dah pakai kereta yang agak murah, second hand lagi, buatan tempatan lak tu, itu pun masih rasa macam tak cukup gak duit... Mungkin cara penggunaan kereta yang tak berapa cekap, atau pun penggunaan kereta yang tak berapa nak bijak kot. Mungkin...
Kalo takde kereta lak, kena la menggunakan kenderaan awam seperti teksi, bas, LRT, komuter, teksi air dan keretapi. Pilihan lain pula adalah seperti pinjam dan sewa. Walaupun begitu, kadang-kadang walaupun kita mempunyai kereta dan motosikal, akan tetapi kita tetap terpaksa menggunakan kenderaan awam dan kereta sewa untuk sesuatu urusan... So, kenapa nak beli kereta ye?... Tambah lagi pening di kepala...Cubaan...
Gambar Hiasan

Oleh yang demikian, renung-renungkan dan selamat beramal.... Sekian...

Monday, July 9, 2012

Kereta...

  
Inilah dia benda yang selalu memeningkan kepala ku sekian hari, sekian minggu, sekian bulan malahan sekian tahun. Sekian... Terima kasih... Hehehe... Kereta bukanlah merupakan suatu keperluan untuk hidup, akan tetapi ianya menjadi seperti keperluan pada masa kini. Kereta menjadi keperluan untuk bergerak ke sana-sini.

Kereta juga menjadi keperluan untuk berulang alik ke tempat kerja, berniaga, berkelah, balik kampung, menghantar anak ke sekolah dan membeli belah sama ada di kedai mahu pun di kompleks beli belah. Harganya ada yang murah dan ada yang mahal. Saiznya juga berbeza-beza, ada yang besar, ada yang kecil. Bentuknya pula ada yang salun, sedan, sport, hatchback, sportback, wagon dan eksekutif. Terpulanglah kepada si pemiliknya untuk memiliki kereta yang mampu dimiliki atau pun kereta yang diminatinya.

Kadang-kadang, terdapat sesetengah pemilik kereta ini yang dahulunya menggunakan kereta kecil, kemudian apabila rezekinya bertambah, isi keluarganya pun bertambah, maka ditukarnya dengan kereta yang lebih besar. Tetapi ada juga yang terus membeli kereta yang besar. Dan ada juga yang selalu menukar kereta apabila terdapat keluaran terbaru yang lebih menarik.

Bersambung...


Friday, July 6, 2012

Transfertension

Inilah istilah baru yang telah diwujudkan oleh akal dan fikiranku setelah aku ditransfer sebanyak beberapa kali oleh 2 kompeni yang berbeza. Sebenarnya sekolah rendah dulu pun aku dah pernah ditransfer. Ketika itu aku dalam darjah lima nak naik ke darjah enam. Disebabkan aku ini seorang yang bijak bistari maka aku telah ditransfer dari kelas C ke kelas A. Kemudian ketika aku di tingkatan 2, dari kelas 2 ke kelas 1. Seterusnya ketika aku di tingkatan empat (4). aku di transfer dari kelas 3 ke kelas 10. Mmmmm... kelas kan.. hehehe. OK. Dalam bidang kerjaya pulak, kompeni tempat aku bekerja mula-mula, takde transfer langsung. Kalo ada pun transfer dalaman je.. Wah ini dah kira bagus ni.. Statik je.. gaji pun statik je... hakhak... Kemudian disebabkan takde transfer-transfer, aku pulak yang mentransfer diriku ke kompeni lain. Terpaksa la.. kalo tak, tak berkembang la aku jawabnya. Ya, orang kata Hijrah itu pengorbanan kan... walaupun berat, aku paksa diriku untuk terima semua ini. Dan akhirnya setelah aku berjaya membiasakan diriku dengan keadaan kompeni baruku itu, tiba-tiba... Almaklumlah... aku di transfer... Dalam kompeni yang kedua ini, transferku yang pertama ialah dari Johor ke Kuala Lumpur. Disebabkan aku baru kerje dan kurang pengalaman, disamping disertakan tempat tinggal dan elaun, maka aku terima dengan seadanya. Merasalah aku menjadi salah seorang penduduk ibukota. Kemudian setelah kompeni tempat aku bekerja bertukar pengurusan baru, aku telah diserapkan kepada jawatan tetap, dan dinaikkan pangkat . Aku pun terima gak dengan seadanya walaupun nikmat-nikmat yang aku perolehi telah ditarik seperti elaun, overtime dan jugak penginapan.. .huhuhu..sedih tau.. Hari berganti hari, minggu pun sudah berlalu, bulan pun masih berjalan, kompeni aku pulak yang berpindah tempat. Aku pun turut gak arr pindah... takkan la aku nak tinggal sorang2 lak kat tempat lama. gilo opo.. huhuhu... tapi pada ketika ini aku taklah sedih sangat sebab orang yang aku sayang dan cinta ada bersama... hehehe...Baru je nak panaskan 'bontot' dah kena transfer lagi.. Kali ini ke pulau pulak. Tapi pulau ini tak berapa jauh pun dari ibukota. Kalo jem pun baru 2 atau 3 jam saja. Cuma masalahnye yang agak berat ialah kosnya saja. Berat rasanya nak pindah. Elaun pindah ke apa semua takde. Huhuhu... sayu poketku... Pada ketika ini aku mempunyai dua pilihan je. Sama ada pindah ke pulau itu atau pindah kompeni. Oleh yang demikian, aku pun mengambil keputusan untuk mentransferkan diriku ke kompeni lain bersama-sama dengan isteriku. Alhamdulillah syukur.. Walaupun HQ kompeni baru aku ini berada jauh diseberang lautan, aku bersyukur kerana aku masih ditempatkan di ibukota Kuala Lumpur. Malah ditengah-tengah kesibukan ibukota lagi. Ya, seperti biasa hari berganti hari, minggu pun sudah berlalu, bulan je yang masih berjalan, tup tap tup tap... tiba-tiba.... ditransfer lagi.... Kali ini memang jauh. Oh...tidak... Aku pun cuba merangka strategi untuk sekali lagi mentransferkan diriku lagi. Tapi sampai sekarang, aku masih belum berpeluang untuk melakukannya lagi. Masih lagi jauh disini di perantauan. Huhuhu... Ya, hijrah itu pengorbanan.... Mungkin ada rahmat disebaliknya. Aminnn....

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru, Cikgu

Di Kesempatan ini aku ingin sekali mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru, Buat guru-guru di Malaysia dan seluruh dunia samada yang lama mahupun yang baru. Jasamu tetap di kenang.

Kepada Cikgu Jasmi, Cikgu Fazari, Cikgu Adnan, Cikgu Rafidi, Cikgu Juleya, Cikgu Ahmad Fauzai, Cikgu Ismadi, Cikgu Sabee, Cikgu Ani, Cikgu Besah, Cikgu Johari, Ustaz Abbas, Ustaz Salam, Cikgu Atan, Cikgu Suria, Cikgu Ibrahim Junior dan juga cikgu-cikgu yang lain. Selamat Hari Guru.

Berakhirnya zaman bujang ku...


"Selamat Pengantin Baru.. Semoga Berbahagia Selalu.. Alhamdulillah.. Bersyukur Selalu." (liriknya dah diubah skit. tak berapa nak hingat la pulak. hehehe.)
Lagu ini selalu berkumandang apabila tiba hari cuti mahupun hari - hari minggu. Setiap insan perlukan pasangan sebagai teman hidup untuk membentuk sebuah rumah tangga yang bahagia yang dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang samada di dunia mahupun di akhirat kelak. Tidak ketinggalan juga aku sebagai seorang insan, akhirnya telah menamatkan zaman bujang ku pada 12 februari 2011, dengan pasanganku yang amat dicintai iaitu Siti Adrian Agustina Binti Adiwijaya.


Alhamdulillah.. Dengan sekali lafaz je aku dah menjadi seorang suami yang sah. Bersyukurku pada Allah Taala yang sentiasa membantuku. Setelah mengharungi 9 bulan sesi suai kenal dan ramah mesra akhirnya kami disatukan. Majlis perkahwinan kami berlangsung dengan baik. Cuma mungkin ada juga yang kami tak sempat nak menjemput, disebabkan berlaku sedikit kekelam kabutan dan mungkin ada juga yang terlepas pandang, kami sangat-sangat mohon maaf di atas kecuaian kami itu. Kepada yang datang ke majlis kami, kami ucapkan jutaan terima kasih. Apatah lagi kepada yang memberikan hadiah dan juga sumbangan. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat, yang telah bersusah payah menyumbangkan tenaga semasa menjayakan majlis kenduri kami bagi kedua-dua belah pihak."Terima Kasih Semua." Majlis di sebelah pihak aku pula berlangsung pada 19 Februari 2011. Itulah kisahnye... Sekian harap maklum.