Search This Blog
Friday, July 6, 2012
Transfertension
Inilah istilah baru yang telah diwujudkan oleh akal dan fikiranku setelah aku ditransfer sebanyak beberapa kali oleh 2 kompeni yang berbeza. Sebenarnya sekolah rendah dulu pun aku dah pernah ditransfer. Ketika itu aku dalam darjah lima nak naik ke darjah enam. Disebabkan aku ini seorang yang bijak bistari maka aku telah ditransfer dari kelas C ke kelas A. Kemudian ketika aku di tingkatan 2, dari kelas 2 ke kelas 1. Seterusnya ketika aku di tingkatan empat (4). aku di transfer dari kelas 3 ke kelas 10. Mmmmm... kelas kan.. hehehe.
OK. Dalam bidang kerjaya pulak, kompeni tempat aku bekerja mula-mula, takde transfer langsung. Kalo ada pun transfer dalaman je.. Wah ini dah kira bagus ni.. Statik je.. gaji pun statik je... hakhak... Kemudian disebabkan takde transfer-transfer, aku pulak yang mentransfer diriku ke kompeni lain. Terpaksa la.. kalo tak, tak berkembang la aku jawabnya. Ya, orang kata Hijrah itu pengorbanan kan... walaupun berat, aku paksa diriku untuk terima semua ini. Dan akhirnya setelah aku berjaya membiasakan diriku dengan keadaan kompeni baruku itu, tiba-tiba...
Almaklumlah... aku di transfer...
Dalam kompeni yang kedua ini, transferku yang pertama ialah dari Johor ke Kuala Lumpur. Disebabkan aku baru kerje dan kurang pengalaman, disamping disertakan tempat tinggal dan elaun, maka aku terima dengan seadanya. Merasalah aku menjadi salah seorang penduduk ibukota. Kemudian setelah kompeni tempat aku bekerja bertukar pengurusan baru, aku telah diserapkan kepada jawatan tetap, dan dinaikkan pangkat . Aku pun terima gak dengan seadanya walaupun nikmat-nikmat yang aku perolehi telah ditarik seperti elaun, overtime dan jugak penginapan.. .huhuhu..sedih tau..
Hari berganti hari, minggu pun sudah berlalu, bulan pun masih berjalan, kompeni aku pulak yang berpindah tempat. Aku pun turut gak arr pindah... takkan la aku nak tinggal sorang2 lak kat tempat lama. gilo opo.. huhuhu... tapi pada ketika ini aku taklah sedih sangat sebab orang yang aku sayang dan cinta ada bersama... hehehe...Baru je nak panaskan 'bontot' dah kena transfer lagi.. Kali ini ke pulau pulak. Tapi pulau ini tak berapa jauh pun dari ibukota. Kalo jem pun baru 2 atau 3 jam saja. Cuma masalahnye yang agak berat ialah kosnya saja. Berat rasanya nak pindah. Elaun pindah ke apa semua takde. Huhuhu... sayu poketku...
Pada ketika ini aku mempunyai dua pilihan je. Sama ada pindah ke pulau itu atau pindah kompeni. Oleh yang demikian, aku pun mengambil keputusan untuk mentransferkan diriku ke kompeni lain bersama-sama dengan isteriku. Alhamdulillah syukur..
Walaupun HQ kompeni baru aku ini berada jauh diseberang lautan, aku bersyukur kerana aku masih ditempatkan di ibukota Kuala Lumpur. Malah ditengah-tengah kesibukan ibukota lagi. Ya, seperti biasa hari berganti hari, minggu pun sudah berlalu, bulan je yang masih berjalan, tup tap tup tap... tiba-tiba.... ditransfer lagi....
Kali ini memang jauh. Oh...tidak...
Aku pun cuba merangka strategi untuk sekali lagi mentransferkan diriku lagi. Tapi sampai sekarang, aku masih belum berpeluang untuk melakukannya lagi. Masih lagi jauh disini di perantauan. Huhuhu...
Ya, hijrah itu pengorbanan.... Mungkin ada rahmat disebaliknya. Aminnn....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment